Wednesday, 16 November 2011

keSaBaRaN ku Di Uji LaGi...

Di Luah Mati Emak Di Telan Mati Bapak
date : 15hb 11 thn 2011
Time :  disiang hari        
Tempat : Teratak Kami  

 Pada waktu tengah hari smlm mmg aku dah mula rasa semacam hati ku mnjd tak tentu arah yg aku sendri tak tahu ape sebab dan dimana puncanya.Sehinggalah malamnya kehadiran papa bersama kakak melahirkan sribu pertanyaan dlm diriku...kakak tidak spt semalam dan kelmarin..dia mula berjauhan dgn ku seolah2 takut pada diriku..aku mula merasakan perubahan pd dirinya malam tadi...aku cuba ambil kakak dr pangkuan hubby ku namun dia berkeras tidak mahu berada dlm pangkuan ku.Aku menjadi hairan kerna dia tidak seperti itu lalu ku bertanya pada papa "KENAPA DGN KAKAK NIE PAPA ?"
Hubby ku mengeluh " MAK KATA KAKAK BUAT KAKI ADIK SAMPAI BERDARAH "

Aku tersentak dengan jawapan yg diberikan oleh papa,hati ku berdebar tak keruan..Dalam hati aku risaukan adik namun dlm fikiran ku pula memikirkan ttg kakak...mulalah prasangka menyelubungi benak fikiran dn menusuk ke dalam lubuk hati ku...

Disepanjang perjalanan kami menuju ke Teratak Kami..puas aku bertanyakan pada kakak.."KAKAK BUAT ADIK AE  ?" Tiada jawapan. "KENAPA KAKAK BUAT ADIK?KAKAK TAK SAYANG KAT ADIK KE ?" pun tiada jawapan.. aku pun diam.Kami pun mula berbual dan bergurau spt biasa dan aku ulangi semula pertanyaan ku tadi pada puteri sulong ku ini namun masih lagi tiada jawapan lantas dia menarik muka dan terus berdiam diri..Ah! sebaknya dalam dada ku mula terasa..namun ku cuba kuatkn hati in. Aku pula tak berputus asa untuk mngetahui ape yg berlaku dr mulut puteri ku sendiri..sangka ku...anak kecil tak mungkin pandai berbohong!"OWHH..NENEK ADE PUKUL AKAK YEA LEPAS JE KAKAK BUAT ADIK YEA .." diam maknanya tiadalah jawapan..aku terdengar keluhannya biarpun sipi..lalu die menyandarkn kepalanya ke bahu ku dan mengalih pandangan ke luar cermin tingkap kereta..tak nak hatinya bertambah sedih ku biarkan segala pertanyaan bermain dlm kotak fikiran ku..

Setibanya kami di perkarangan TERATAK KAMI.."MAMA  !! ADIK TIDO KEEE ADIK BANGUN AE.." barulah ku dengar suara kakak.. Ku mengukir senyuman manis di bibir ku dan puteri ku kelihatan tersipu2..lantas aku pun memberi jawapan.." HEMM..ADIK TIDUR KUUTTT " puteri mama membalas "TAK LAH ! ADIK MANGUUUNNN.." sambil ketawa..
       
Ku buka gerbang pintu TERATAK KAMI yang sepi itu dan ku lihat neneknya sedang mengayun buaian..mendodoikan puteri bongsu ku.."ADIK TIDOO LAA MAMA"  ada nada hampa lahir dr bibirnya yg nipis itu lalu ku memujuk ."EH XPE2..JOM EKUT MAMA G TOILET" aku berlalu pergi sambil kakak menyusul di belakang ku.Seusai aku membersihkan kakak kami bersama2 masuk ke dlm kamar namun langkah ku terhenti pabila terdengar suara ibu mertua ku.."TEROK KAKAK,DI CALARKAN KAKI ADIK DGN HUJUNG LEGO(mainan block yg baru je ku beli di facebook baru2 ini)..aku terdiam..mmg betul lah ape yg disampaikan oleh hubby ku mase ditempat kerja ku tadi.Aku diam shj..tak berkata apa2..ku bawa kakak masuk ke dlm bilik dan ku pakaikan pampers dan baju tidur.Sesudah itu aku pun keluar dr kamar utk mngangkat adik yg berada dlm buaian dn berpindah keats katil kamar ku.Dalam pada itu sempat jua ibu mertua ku berikan 'ibu gamat' tok disapu ke bawah tapak kaki adik yg luka itu.adik masih lagi lena sewaktu aku membelek lukanya itu dan aku bertanya pada kakak.."KENAPA KAKAK BUAT ADIK MCM NI " Maseh lagi tiada jawapan..hanya berdiam diri..


Ku amati luka ini kesan yang wujud bukan lah akibat torehan tetapi kesan terpijak sesuatu benda dan aku mula menidakkan mmg bukan kerja nakal kakak..patutlah sedari tadi tiada jawapan yg terkeluar dari mulut kakak utk setiap persoalan ku.Memang bukan lakunya..tp dia takut nk menidakkan atau pun takut aku memarahinya...Sepi seketika dan segala keraguan ku itu aku usulkan pada hubby ku dan dia pun sebulat suara menyokong pandangan ku."KAKAK..NENEK ADE PUKUL KAKAK KE??" entah kenapa soalan itu secara tiba2 keluar dr mulut ku. Dan kini kakak memberikan jawapan yg mngejutkan kami yg tak pernah terlintas dlm pemikiran kami."A'AAHH..NENEK PUKUL KAKAK KAT CINI.." sambil menampar2 kepalanya meniru lagak nenek. Ya Allah..tersentap kami seketika..kami berpandangan diantara satu sama lain..Meruntun jiwa ku selaku ibunya yang tak pernah sedikit pun tgn ku ini hinggap di kepalanya dikala aku melepaskan kemarahan.Tapi kenapa khabar ini yg ku terima.Terasa ingin menangis namun ku tahan airmata ini agar tidak gugur dihadapan anak2 ku.Kami diam seribu bahasa.

"MAMA AKAK NAK CSUCSU " kehendak kakak mematikan lamunan ku.Ku keluar dr kamar tidur ku menuju ke dapur diekori oleh kakak dibelakangku..Kemarahan yg membara dalam hati ini ku simpan kemas2.Aku tak mahu hati dan jiwanya terhiris dan terluka agar tidak menambahkan lagi kepenatannya menjaga puteri2 ku selama 12 jam utk sehari.Aku bertanya pada ibu mertua ku.
"MCM MANA KAKI ADIK BOLEH LUKA MAK ?" Sambil tgn ku lincah membancuh susu dalam keadaan mengigil menahan kemarahan...Lalu nenek kepada Puteri2 ku itu menjawab 
EMAK : "MAK TAK PERASAN..MAK KAT DAPO MASA TU..DGR2 DORG NIE BGADOH KAT DEPAN..TIBA2 ADIK DTG SAMBIL NANGIS2..MERAUNG2 MCM NAK PENGSAN..TANYA AKK,AKK DIAM JE..TGK2 KAKI ADIK DAH LUKA..DARAH KUAR BYK..MAK TNYE AKK..AKK BUAT ADIK KE..DIA DIAM JE.."
AKU : "AGAKNYA..ADIK TERPIJAK KUT.."
EMAK : "MAK TAK TAHU..MAK RASA AKK TOREH DGN HUJUNG LEGO TU,,SBB LUKA BYK SGT "
 AKU : "HABIS TU MAK ADE PUKUL2 KAKAK TAK?"
EMAK : BUAT APE MAK NAK PUKUL2 KAKAK?BUDAK LAGI KAN?"

Aku cuma mendiamkan diri.Aku mula merasakan tidak enak dlm hatiku.Kenapa perlu menipu.Dan kenapa Kepala kakak menjadi mangsa??? kenapa dan kenapa ?? pernah aku memarahi kakak..tapi tidaklah tgn ku sampai ke kepala anak2 aku..Ya Allah..sebaknya dlm hati ku ini..tidur malam ku tidak pula lena..
ku toleh kiri..ku kucup pipi adik,ku toleh kanan ku cium pipi kakak..
aku sayang mereka berdua..apakah silap aku?apakah aku bersalah kerana mewujudkan adik dlm dunia ku pd masa yg singkat sedangkan kakak belum mengerti dan memahami siapa kawannya..siapa lawannya...??
Aku menangis dalam hiba..habis sarung bantal ku dibasahi airmata ku.Terasa menyesalkah aku ??
OH YA ALLAH..kau kuatkanlah semangat ku..tabahkan lah hati ku ini...

Pagi tadi sedang aku menyiapkan anak2 ku spt kebiasaan yg menjd runtin seharian ku sebelum aku keluar rumah ke tempat kerja.Aku memaksa diri untuk menyuarakan apa yg sepatutnya aku rasakan berhak tuk ku luahkan.Dan andainya aku tak luahkan ianya pasti mengundang rs kemarahan ku lebih mendalam di kemudian hari.Biarkanlah andainya luahan hati ku ini nanti membuatkn dirinya terasa hati dan makan hati dgn kata2 ku kerana aku TIDAK MAHU KEJADIAN YG SAMA BERULANG LAGI.
Ku mulakan kata2 ku dgn BISMILLAH dan ku pohon agar Allah mendamaikan hati insan itu dan tidak merajuk dgn kata2 ku..
AKU : " MAK..LEHA TAK KISAH KALAU MAK NAK MARAH ATAU NAK PUKUL BUDAK2 NI..MMG PATUT PUN KALAU DAH BUAT SALAH..LEHA TA KISAH TP JANGANLAH PUKUL DEKAT KEPALA,LEHA TAK BOLEH TERIMA..KESIAN DORANG NI MAK..BUDAK LAGI KAN.."

Ibu mertua ku hanya berdiam diri dan tidak berkata sepatah apa pun..tak kesah lah dia marah atau kecil hati dgn kata2 ku itu atau apa apa pun..aku terima seadanya...yg penting aku nak 

EMAK TAHU APE YG AKU SUKA DAN APA YANG AKU TAK SUKA,APA YG AKU BOLEH TERIMA DAN APA YG AKU TAK BOLEH TERIMA...



BAHAGIANYA MAMA KALAU KAMU BERDUA BERSATU HATI MENJADI SATU MEKARLAH KASIH SAYANG KAMU BERDUA YANG MENGHARUMI DENGAN SERIBU RASA INDAH DALAM BAHTERA YANG MAMA DAN PAPA DIRIKAN INI

2 comments:

  1. kaki anak kau tue sebenarnya kena ape? mcm tertoreh bende tajam cam pisau je..sedih aku baca entry kau nie..tapi kan xkan sampai hati mak mertua kau nak wat cam tue? jgn terburu²..pikir biler hati dah betul² tenang...hati org tua nie sgt sensetif..

    ReplyDelete
  2. bukan tetoreh bende pisau..myb terpijak mainan ujung lego kutt..kalu toter luka dye tak dlm..mybe TERPIJAK ! yelahh dah men mainan taruk sepah~sepah..nielaa jadiknya..huhuhu

    ReplyDelete